Jumaat, 20 Julai 2012

Projek Amal

Assalamualaikum. Kepada muslimin dan muslimat, sempena Ramadhan tahun ini, Cahayafm melancarkan satu projek amal mencetak CD bacaan Quraan beserta tafsir dalam Bahasa Melayu seperti yang dikeudarakan oleh Cahayafm melalui Bacaan Quran 24 jam Cahayafm. Cetakan CD sebanyak 5000 keping akan diagih-agihkan kepada saudara baru di seluruh Sabah secara percuma. Untuk tujuan tersebut anda hanya perlu menaja kos pencetakan satu CD bernilai RM20.00 setiap satu. Hasil tajaan sebahagiannya akan disumbangkan ke SAR Kg. Salimandut untuk membina beranda Masjid Kg. Salimandut yang akan dijadikan kelas sementara SAR Kg. Salimandut sebelum bangunan kekal dapat dibangunkan. Untuk tajaan dan sumbangan membangunkan projek ini, sila masukkan terus ke akaun SAR Kg. 


Akaun SAR Kg. Salimandut, Tandek, Kota Marudu

10016010085807 Bank Islam 


Sila klik link SAR Kg. Salimandut, Tandek, Kota Marudu | Kongsi kepada rakan-rakan FB anda sebagai tanda sokongan http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Agama-Rakyat-Kg-Salimandut-Tandek-Kota-Marudu-Sabah/123244254456699

Link bacaan quraan 24 jam cahayafmhttp://quraan24jamcahayafm.blogspot.com/http://alquran.cahayafm.net

Selasa, 6 September 2011

Alhamdulillah. Sebagaimana yang dirancang sebelum ini iaitu mewujudkan satu lagi media dakwah maya, maka kini, sama-samalah kita manfaatkan ceramah online 24jam dengan tajuk-tajuk yang akan disistemkan oleh Deejay Auto. Penukaran tajuk akan dilakukan sekali setiap seminggu. Ketika penukaran, para pendengar akan mengalami gangguan seperti pengulangan ceramah beberapa kali.

Harap maklum.